JEMPUTAN KE PROGRAM MAJLIS AKUR JANJI & BICARA BERSAMA PENGETUA 2017
Tarikh : 3 Febuari 2017 Masa : 10.00-12.30 tghari Tempat : Dewan Besar SMKSA SEMUA PELAJAR PT3 & SPM SERTA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR BERSAMA
0 Comments
MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
26 JANUARI 2017-1 FEBUARI 2017 Pelajar kembali ke sekolah 2 Febuari 2017 "selamat bercuti dan selamat tahun baru cina buat semua warga SMKSA Pada 23 Januari 2017, telah diadakan Majlis Pelancaran Minggu PPDA & Mentor Mentee oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Ampang Apa itu PPDa?
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama :
MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’. RASIONAL Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya PROSIDAR. OBJEKTIF
pRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
Pada hari Sabtu yang lepas YDP Pibg SMKSA En Zulkifli , bersama dengan guru-guru iaitu Pn Rubitah dan Encik Faizal telah mengadakan Operasi Pagar iaitu Mengecat dan Membersihkan kawasan dinding pagar sekolah. Aktiviti ini juga dibantu oleh para pelajar Kelab Kreatif Pada sesi perhimpunan rasmi yang lepas 16.1.2017 telah diadakan satu taklimat kesihatan oleh Pn Jamilah serta Chombi oleh Cik Rohani. Semoga pelajar dan guru smksa mengambil perhatian terhadap info yang diberikan untuk kesejahteraan bersama di sekolah kita. Di samping itu juga diadakan majlis penyerahan surat kuasa kepada guru-guru displin SMKSA. Antara aktiviti-aktiviti kesihatan yang bakal dirancang untuk sesi persekolahan tahun ini ialah :
Pada 14 Januri 2017 iaitu hari sabtu yang lepas, Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Program Mini Gotong Royong bagi menceriakan kelas dan bilik-bilik khas di SMK Seri Ampang.Semua Guru dan bersama murid-murid telah hadir bagi menjayakan sesi mini gotong royong ini.AJK Pibg juga turut bersama hadir bagi membantu memeriahkan dan bersama-sama bergotong royong bersama para pelajar dan guru. Semoga program ini akan menambahkan ikatan kemesaraan dan silaturrahim antara guru, murid serta ajk pibg dan para pelajar semakin berminat untuk datang ke sekolah Foto : AJK PIBG bersama bergotong royong Foto : Pelajar dan Guru ceria bergotong royong disamping tunjuk ajar Tuan Pengetua POLISI 1:
KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH Pendahuluan Pergi dan balik sekolah merupakan cara pelajar dan guru menjaga keselamatan diri semasa pergi dan balik sekolah. Kemalangan jalan raya berlaku akibat kecuaian dan kurang kesedaran para pengguna jalan raya. Pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa pergi dan balik sekolah. Objektif
Tatacara Pergi Sekolah
Tatacara Balik Sekolah
POLISI KE-2: SALAH LAKU SIFARPendahuluanDekad ini menyaksikan perkembangan sosial para pelajar semakin meningkat sehingga membawa mereka terjerumus ke dalam masalah disiplin serta sosial yang keterlaluan. Banyak pihak termasuk sekolah memandang serius akan hal ini sehingga mewujudkan pelbagai program untuk mewujudkan salah laku sifar di kawasan sekolah. Objektif
Jenis Salah Laku
Punca Salah Laku
Langkah-langkah Pencegahan
POLISI KE-3: KESELAMATAN MEMBULI Pendahuluan Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima. Dengan pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah. Objektif
Jenis Pelakuan Membuli
Punca-Punca Perbuatan Membuli
Langkah Pencegahan Membuli
Tindakan Susulan Pelakuan Membuli
POLISI KE-4:KESELAMATAN SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM PendahuluanKebanyakan aktiviti kokurikulum tidak terlepas dari kejadian-kejadian kemalangan disebabkan oleh tahap kesihatan yang tidak seimbang serta peralatan yang digunakan.Justeru itu satu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan perlu disediakan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Objektif
Tatacara Pelajar Sukan dan Permainan
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Selamat bertugas buat pengetua baru kami, En Mohd Ramli b Shalan
semoga SMKSA akan meneruskan kecemerlangan di bawah kepimpinan Tuan Pengetua |
SMK Seri AmpangJalan Ampang JOM DOWNLOAD APLIKASI FROG VLE SMKSA
Archives
January 2019
Categories
All
PAUTAN APLIKASI |