Pada 23 Januari 2017, telah diadakan Majlis Pelancaran Minggu PPDA & Mentor Mentee oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Ampang Apa itu PPDa?
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama :
MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’. RASIONAL Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya PROSIDAR. OBJEKTIF
pRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
0 Comments
Leave a Reply. |
SMK Seri AmpangJalan Ampang JOM DOWNLOAD APLIKASI FROG VLE SMKSA
Archives
January 2019
Categories
All
PAUTAN APLIKASI |