1. Puasa memberikan kita lebih fokus. Apabila seorang pelajar itu menjaga puasanya bermakna dia tidak akan membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, melayari internet, bersembang, melepak dan sebagainya. Pelajar akan mudah untuk fokus pada pelajarannya. 2. Puasa memberikan kita lebih masa. Biasanya, dalam bulan Ramadan semua orang memulakan masanya lebih awal. Pelajar mempunyai lebihan masa yang boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajarannya. 3. Perut yang kenyang merangsang rasa malas dan mengantuk. Dengan berpuasa, masalah ini dapat diatasi. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga. 4. Bulan Ramadan memudahkan kita bangun awal. Waktu belajar yang paling sesuai adalah di awal pagi. Oleh itu pelajar digalakkan untuk tidur awal dan bangun seawal jam 4.00 pagi. Apabila bangun, buatlah solat tahajud dan solat hajat kemudian mulalah menelaah pelajaran. 5. Doa orang berpuasa dimakbulkan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." Dan dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". 6. Bulan Ramadan adanya Malam Lailatulqadar. “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5) Oleh itu, sentiasalah bangun malam berqiamullail dan berharap agar bertemu dengan malam yang hebat ini agar permohonan kita diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah.
0 Comments
Leave a Reply. |
SMK Seri AmpangJalan Ampang JOM DOWNLOAD APLIKASI FROG VLE SMKSA
Archives
January 2019
Categories
All
PAUTAN APLIKASI |