Pada hari Rabu 8.2.2017 telah diadakan Bengkel Bahasa Inggeris di Dewan Seri Atma SMKSA. Bengkel ini diadakan untuk semua pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5 secara bergilir. Untuk giliran kelas, pelajar-pelajar merujuk kepada jadual yang disediakan. Program ini telah diadakan oleh Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semoga dengan adanya program ini akan menambahkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris
0 Comments
Semalam 6.2.2017 Isnin telahberlangsungnya Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih positif. Objektifnya dalah bagi memwujudkan hubungan mesar dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid. Pada hari Sabtu 4.2.2017 Unit Bimbingan Kaunseling dan HEM SMKSA telah mengadakan kursus kepimpinan pengawas, Pengawas Pusat Sumber , Ketua dan Penolong Tingkatan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Kursus kepimpinan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua.Semoga dengan adanya kursus ini akan menambahkan motivasi dan kepimpinan di kalangan murid-murid SMKSA Pada hari Jumaat Lepas 3.2.2017 telah berlangsung Majlis Bicara Bersama Pengetua & Akur Janji Pelajar PT3 dan SPM 2017. Majlis ini diadakan di Dewan Seri Atma bermula jam 10.00 pg.Terima kasih diucapkan kepada pelajar2 dan ibubapa yang hadir untuk memeriahkan majlis. Semoga pelajar-pelajar SMKSA terus maju dan Berjaya Sempena pagi jumaat yang mulia ini satu sesi penghayatan nilai-nilai moral telah diadakan bersama Tn Pengetua bersama-sama pelajar-pelajar bukan Islam. Sesi ini diadakan di Bilik Media Pusat Sumber Sekolah. Antara kandungan yang dikongsi bersama Tuan Pengetua dan pelajar-pelajar ialah Budaya Senyum, Budaya Memberi Salam dan lain-lain lagi
Program ini merupakan wadah bagi pihak pentadbir sekolah menyatakan hasrat dan harapan serta pesanan buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2017. Matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
Semoga dengan adanya program ini para pelajar akan rasa dihargai dan diiktiraf kerana mendapat sentuhan semangat dari pentadbir sekolah. Diharap para pelajar SMK Seri Ampang terutamanya pelajar PT3 dan SPM akan terus cemerlang Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis. |
SMK Seri AmpangJalan Ampang JOM DOWNLOAD APLIKASI FROG VLE SMKSA
Archives
January 2019
Categories
All
PAUTAN APLIKASI |