Jom sertai Pertandingan Frog Play Championship. Pelajar2 SMKSA 2017 boleh login ke frog VLE masing-masing dan menggunakan aplikasi Frog Play Pelbagai hadiah menarik disediakan oleh pihak Frogasia dan KPM Para Pelajar boleh merujuk link di bawah https://www.frogplay.my/lamanutama/ dan Facebook rasmi FrogAsia Di bawah ini merupakan info Frog Play untuk pelajar Di bawah ini merupakan info Frog Play untuk guru
0 Comments
Pada 13 Febuari 2017, satu taklimat mengenai frog vle & peranti yes altitude telah diadakan di JPNWP Kuala Lumpur bersama dengan Pihak Frogasia dan YTL. Antara intipati taklimat tersebut adalah
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis. |
SMK Seri AmpangJalan Ampang JOM DOWNLOAD APLIKASI FROG VLE SMKSA
Archives
January 2019
Categories
All
PAUTAN APLIKASI |